Monday, July 7, 2008

Please.... say NO to Lido Boulevard

We need stronger voices to say NO to Lido Boulevard!! It's really unnecessary. It just created for rich Singaporeans! So far, only the MP of Pulai brought up this issues. May be next time we should vote for opposition for Johor Bahru MP?

This is taken from Pulai MP website (www.pulai-online.net):

Berita Harian: Kaji projek Lido Boulevard PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Senior Editor

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu mempertimbangkan semula pelaksanaan projek pembangunan pesisir pantai, Lido Boulevard, bernilai RM2.7 bilion kerana ia dikhuatiri akan mengecilkan keluasan Selat Johor, sekali gus memberikan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata beliau menerima banyak maklum balas daripada masyarakat dalam kawasannya terutama sekali di Kampung Mohd Amin dan Sungai Chat, yang bimbang dengan pelaksanaan projek hartanah mega itu.

Selain itu, katanya, ada juga masyarakat yang tidak mahu projek berkenaan menjadi satu lagi projek gajah putih seperti dialami Waterfront City sehingga memberikan imej negatif secara langsung kepada pusat bandaraya dan Iskandar Malaysia.

"Sebagai Ahli Parlimen Pulai, saya tidak pernah dipanggil mana-mana pihak sama ada pemaju projek atau kerajaan negeri bagi mendapatkan pandangan mengenai pembangunan Lido Boulevard ini, tetapi saya difahamkan, ia membabitkan penambakan Selat Johor.

"Jika selat ini, ditambak sudah pasti aliran air daripada sungai Segget dan Chat akan menjadi lebih kecil, dan penduduk berhampiran bimbang banjir kilat lebih mudah berlaku," katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, pemaju hartanah, Central Malaysian Properties Sdn Bhd (CMP) dikatakan akan memulakan projek pembangunan pesisiran pantai, Lido Boulevard, bernilai RM2.7 bilion di sepanjang Pantai Lido, di sini bermula September ini.

Projek yang akan mengintegrasikan kawasan penempatan dan pusat komersial itu bermula dengan kerja menambak tanah antara 40 dan 450 meter ke dalam Selat Johor serta dijangka siap kira-kira 24 bulan.

Pengarah Urusan CMP, Datuk Chan Tien Ghee, berkata pihaknya sudah mendapatkan kelulusan Penilaian Kesan Alam sekitar (EIA) untuk menjalankan projek di atas kawasan seluas kira-kira 8.9 hektar berkenaan.

Beliau berkata, kerja penambakan tanah itu akan dipantau rapi dengan peraturan ketat untuk melindungi hidupan marin, persekitaran pantai dan kehidupan nelayan pantai yang mungkin terjejas.

Nur Jazlan berkata, adalah lebih baik kerajaan negeri memikirkan semula kaedah terbaik bagaimana menghidupkan semula Waterfront City kerana segala prasarana termasuk kompleks beli belahnya sudah siap dan tidak memerlukan pembinaan baru.

Johor Bahru desperately need a NGO for environmental monitoring!

1 comment:

Saiful Adli Jamian said...

Hi, saya antara penentang awal terhadap projek LB. Dimana saya telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum EIA report mereka diluluskan. Malangnya bantahan itu tak mendapat apa-apa response. Saya telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar dan ahli parlimen pulai telah menyambutnya dan bersetuju dengan bantahan ini. Seluruh warga Johor harus membantah projek ini kerana ia akan merosakkan satu-satunya khazanah johor yang amat penting - Selat Tebrau. Sekiranya proses penambakan ini telah bermula, peluang kita untuk menyelamatkan selat tebrau adalah tipis. Harap dapat bantu kami dalam mendapatkan sokongan. - Ketua Pemuda UMNO Kg. Mohd. Amin, Johor Bahru.