Monday, March 5, 2007

Not patriotic enough!

One of my close friend told me that I am not patriotic enough, not love enough to the city of Johor Bahru. I totally disagree! When I first came back to JB, and one of my other friend, asked me to jot down my ideas on how to make JB an international city. And here I still have a copy of it...

1. Bawa kembali profesionals ke bandaraya dengan:

a. meminta UTM (atau mana-mana universiti) membuka satu cawangan bandar, bagi program-program pengurusan dan lain-lain (contohnya SPACE). Infrastruktur yang terbiar, seperti Best World Mall, dan Lot 1 haruslah diguna-pakai bagi tujuan ini.

b. Meminta UTM atau mana-mana universiti untuk mengambil-alih hospital Pandan, dan dijadikan hospital universiti. Ini dapat menarik doctor-doctor pakar, serta pekerja sokongan ke Johor Bahru. Dan sekiranya prestasi perkidmatan yang cemerlang, tak mustahil pesakit dari Singapura akan datang ke Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan, kerana kos yang rendah

2. Dengan siapnya PERSADA JOHOR, kerajaan negeri johor, serta agensi-agensi kerajaan dan universiti tempatan disarankan untuk mengadakan lebih banyak seminar/exhibition yang bertaraf antarabangsa di dalam kawasan Johor Bahru. Seminar dan pameran bertaraf antarabangsa dapat menarik lebih ramai pengunjung profesional, terutamanya dari Singapura (yang sememangnya suka makan dan membeli belah di JB) dan juga dari tempat-tempat lain di Malaysia. Seminar dan Pameran ini haruslah bertaraf antarabangsa, bagi meningkatkan lagi image barandaraya JB. PESADA bukan hanya untuk majlis-majlis perkahwinan.

3. Memperbanyakkan tempat-tempat yang boleh dilawati oleh penduduk-penduduk tempatan dan luar di dalam kawasan bandar, contohnya museum. Museum-museum ini haruslah senang dilawati, beserta kemudahan meletakkan kereta yang banyak. Juga senang untuk kepada yang menaiki kemudahan awam. Di antara yang boleh diajukan:

a. Mendirikan museum kanak-kanak. Contohnya Children's Discovery Museum of San Jose di San Jose, California, USA. (www.cdm.org)

b. Mendirikan museum arts dan kesenian. Contohnya San Diego Museum of Art dan Museum of Contemporary Art San Diego, San Diego, California, USA (http://www.sandiego.org/listing/Visitors/2995 dan www.mcasd.org). Ini sejajar dengan cadangan Kemeterian Pelajaran untuk mengadakan School of Arts di Johor bahru.

c. Mendirikan museum teknologi, contohnya Reuben H. Fleet Science Center (http://www.rhfleet.org). Kerajaan boleh mengarahkan UTM mengambil museum ini sebagai anak-angkat, dengan mengadakan pameran untuk semua reka-cipta pensyarah serta pelajar-pelajarnya.

4. Membaikpulih kawasan di sebelah Lot 1, atau membangunkan semula kawasan Stulang, untuk dijadikan satu tempat tarikan pelancung seperti di Fisherman’s Whalf di San Francisco, California, USA (http://www.fishermanswharf.org/)

5. Menaikkan taraf insfrastuctor Johor Bahru setanding dengan Singapura, memandangkan Johor Bahru adalah pintu masuk ke Malaysia. Bagi pelancung yang tidak berkesempatan ke bandaraya-bandaraya lain, terutamanya Kuala Lumpur, Johor Bahru adalah Malaysia. Maka sekiranya bandaraya JB mempunyai infrastuktur yang teruk (berbanding dengan Singapura), makan imej Malaysia (bukan hanya JB) akan terjejas. Kadangkala, kecantikan bandaraya tidak perlu kepada infrastucture yang canggih dan mahal. Cukup sekadar kekemasan dan kebersihan.

Now tell me if I am not patriotic enough to JB!

Sunday, March 4, 2007

Good Job, JOHOR BAHRU!


Very good improvement of JB! Hope it not only happen because of Visit Malaysia Year 2007