Nusajaya bakal pelengkap KL
JOHOR BAHRU 24 Feb. – Pembangunan Nusajaya sebagai sebuah bandar metropolis kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur mampu menarik kehadiran pelabur-pelabur asing berikutan kedudukan strategiknya sebagai pintu masuk negara.
Hmm.... Nusajaya? Bandaraya Johor Bahru macam mana? OK investors, just leave all your premises in Bandaraya Johor Bahru and move to Nusajaya. Apa komen MBJB? Sebelum ini wakil khazanah kata WPI adalah pelengkap bagi Singapura. Now Nusajaya sebagai pelengkap kepada KL. Apalah nasib WPI ... hanya jadi pelengkap
Pembangunan di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu memiliki kelebihan dari segi logistik kerana ia terletak berhampiran Singapura dan Indonesia serta berdekatan dengan dua pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas serta Pelabuhan Pasir Gudang.
Silap tu! PTP dan Pasir Gudang terletak didalam kawasan WPI, bukan hanya berdekatan. Actually reporter nak cakap, berdekatan dengan Changi Airport dan Singapore Sea Port kot!
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, pembangunan yang dijalankan di selatan tanah air itu membolehkan Nusajaya menjadi sebuah bandar metropolis dalam melengkapi keperluan yang sebelum ini dipenuhi Kuala Lumpur.
Ehmmm... Selain just MP Johor Bahru, apa peranan Datuk Shahrir? Dan bukan ke most area yang develop dikawasan Bandaraya Johor Bahru adalah dibawah Datuk Nur Jazlan (MP - Pulai)?
Projek seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan tujuh komponen pembangunan termasuk Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘Educity’ atau bandar raya ilmu.
“Dengan Nusajaya menjadi bandar Metropolis kedua, semestinya lebih ramai golongan profesional dan cerdik pandai akan datang dan petanda kemajuan ini kita dapat lihat apabila orang dari Kuala Lumpur sendiri datang ke Johor Bahru,” katanya.
First, let all local universities have branches in Nusajaya first, then barulah foreign universities attracted to come! And regarding "cerdik-pandai", I think as of now, most of them work in Singapore but live in Nusajaya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Abd. Aziz Sapian berkata, warga Johor kini perlu mengubah budaya dan turut mengambil peluang daripada nikmat kemajuan yang akan diperoleh daripada WPI.
Why should be change our culture?
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula memberitahu, segala maklumat mengenai WPI akan disalurkan kepada Ketua-Ketua Perwakilan yang berada di luar negara.
Now, everybody wants to be part of or at least show to their bos that they have done something lah...
No comments:
Post a Comment